MERIAM PENGGAWA
Meriam ini adalah datangnya pada tahun 1961
dengan mengandungi beberapa cerita lama
yang agak tidak dapat dipercayai oleh akal manusia di zaman sains dan teknologi ini.Walaubagaimanapun disebabkan perkara ini telah berlaku,dianggap itulah sejarah.Tambahan pula
bukti-buktinya masih boleh didapati melalui mereka yang
terlibat.
Adanya meriam misteri ini adalah dengan inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya
Kuala Selangor dengan bantuan beberapa
orang kampung yang
berminat di bidang ini.Dari situlah meriam tersebut diberi nama Meriam Penggawa.
TRAGEDI
Diantara lapan belas pucuk meriam yang
masih ada di atas
Bukit Selangor itu terdapat sepucuk daripadanya terpelihara dengan baik,malah meriam ini diberi bangunan yang
indah dan istimewa.Meriam ini pada mulanya terletak di atas tempat khas dibuat daripada simen setinggi 3
kaki dalam sebuah beratap
zing.
Kini bangunan tersebut telah diperindahkan lagi,hampir merupai sebuah mimbar di dalam masjid.Meriam ini juga tidak meriah sunyi dari berselimutkan dengan kain berwarna kuning.
Ramai pelawat bertanya “Mengapa meriam tersebut diistimewakan sangat.Padahal bentuknya sama sahaja dengan meriam yang
lain?Badan meriam itu sendiri telah terkopak-kopak menunjukkan telah begitu usianya”
Disebalik rupa yang
buruk tersembunyi suatu sejarah yang
tidak dapat dilupakan oleh beberapa
orang tempatan dan mereka yang
hidup sezaman dengan kejadian itu.Meriam sepanjang 5
1/2 kaki dan agarisan pusat muncungnya 7 inci ini amat menarik ceritanya.
Mengikut cerita beberapa
orang tua yang
tahu mengenai hal ehwal senjata mengatakan meriam itu diperbuat dari besi kuning.
Percaya atau tidaknya mengenai cerita meriam ini adalah merupakan perkara kedua kerana tragedi itu berlaku di zaman negara ini telah mencapai kemerdekaan dan dunia pon telah lama
menyeberang ke zaman sains dan teknologi.Kejadian ini juga telah disaksikan oleh beribu-ribu
orang penduduk
Kuala Selangor dan sekitarnya.
Diantara mereka nama yang
tercatat di bawah ini benar-benar terlibat dalam kejadian ini:
a) YDH
DATUK HJ.IBRAHIM BIN DATUK ISMAIL,PENGGAWA PERMATANG
PADUKA MAHABIJAYA KUALA SELANGOR.
b) EN.NORBIT
BIN LAKIK,JERAM,BEKAS PEKERJA MAJLIS DAERAH
KUALA SELANGOR.
c) EN.
ABDUL GHANI BIN SULAIMAN,KETUA KAMPUNG JERAM.
Pada awal tahun 1961
Istana Alam Shah
Klang telah siap dibina sebagai menggantikan
Istana Mahkota Lama
yang dirobohkan.DYMM
Sultan Abdul Aziz ketika itu belum lagi ditabalkan menjadi
sultan Selangor,seterusnya akan merasmikan istana itu.
Dengan itu baginda telah menitahkan Datuk Penggawa
Kuala Selangor mengambil salah satu sepucuk meriam yang
ada di atas
Bukit Selangor untuk dibawa ke Klang.Datuk Penggawa sebagai yang
taatkan perintah raja
pun menjunjung duli.
Setelah berunding dengan beberapa
orang pegawai kerajaan,salah sepucuk meriam dari 3 pucuk sederet di tebing pintu Kota
Selangor itu pun hendak dibawa ke Klang.
Meriam 3 sederet ini ada mempunyai nama masing-masing.Jika mendaki bukit ini bermula dari rumah rehat,meriam pertama ialah Meriam
Sultan Salehhuddin,kedua
Sultan Ibrahim dan ketiga
Sultan Muhammad.
Setelah persetujuan dicapai,Datuk Penggawa pun memilih
Meriam Sulatn
Ibrahim itu bakal dibawa ke Klang pada keesokan harinya.Setelah malam walaupun keadaan cuaca di
Kuala Selangor sangat baik,tenag dan tiada riak-riak hendak menunjukkan hari hendak hujan,tiada siapa menyangka tiba-tiba kedengaran suatu letupan
Letupan yang
luar biasa ini menggegarkan beberapa buah bangunan di sekitarnya serentak dengan bunyi itu juga
segala lampu elektrik semuanya padam dan
Kuala Selangor.
Ketika itu tiada seorang pun
yang menyangka satu perkara ganjil berlaku.Masing-masing menganggap guruh atau petir menandakan hari hendak hujan.
Sampah dari Lembaga Bandaran
Kuala Selangor menuju tempat meriam yang
hendak dibawa ke Klang itu.Sampai sahaja di tempat itu,Datuk Penggawa dengan keenam-enam
orang buruh semuanya terkejut.
Mereka terkejut kerana mendapati pokok jati yang
pangkalnya sebesar dua pemeluk lebih itu telah ranap membaham tanah dengan dedaunnya hangus seperti terbakar.Pangakal itu yang
sebesar itu putus seolah-olah dipanah petir.
Kehairanan itu bertambah apabla beberapa
orang lain sibuk memperkatakan semua pokok di kiri kanan jalan dari
Kuala Selangor ke Asam Jawa sejarak 4
1/2 batu,semuanya hangus seolah-olah dimakan api.
Orang ramai mula membuat tafsiran masing-masing,tetapi titah
sultan pantang disanggah.Meriam pilihan itu terpaksa dibawa juga
ke KLang.Ketika meriam ini dimasukkan ke dalam lori sampah ramai di antaranya diselubungi perasaan sedih,tambahan pula
mendengar bunyi ia dicampakkan begitu rupa.
Dalam kesayuan dan titisan air mata beberapa
orang yang menyaksikan kejadian meriam ini terus dibawa ke Klang untuk dijadikan perhiasan istana.Tinggallah tapaknya sahaja kosong seolah-olah menunggu gantinya. Esoknya diberitakan Datuk Penggawa Permatang jatuh sakit.Perasaannya tidak tentu arah,jiwanya rasa
tertekan oleh sesuatu yang
dia sendiri tidak tahu.Sesekali ingatannya melayang entah kemana menyebabkan fikirannya lemah.Beberapa
orang doktor telah ditemui.Masing-masing mengatakan Datuk Penggawa tidak sakit cuma fikirannya sahaja terganggu.
Dari
doktor,Datuk Penggawa berubat kepada dukun cina dan beberapa
orang bomoh Melayu yang
diubat secara tradisional.Jawapan dari mereka tetap sama dan begitulah keadaannya berterusan.Terkecuali seorang daripada bomoh tersebut mengatakan.”sekirnya
Datuk Penggawa ingin sembuh,meriam
Kuala Selangor.
Setelah mendengar nasihat dan pandangan dari beberapa
orang yang lebih tua
Datuk Penggawa pun pergi menghadap baginda
sultan dalam keadaan lemah memohon agar
meriam diletakkan semula ke tempatnya di
Kuala Selangor.
Permohonan
Datuk Penggawa tidak diperkenankan.Khabarnya beberapa
orang besar istana juga
mendapt penyakit yang
sama dengan
Datuk Penggawa.Kegagalan ini menjadikan penyakit
Datuk Penggawa berterusan.
Dengan kehendak
sultan hal ini dipanjangkan ke pengetahuan EXCO
Selangor untuk memutuskannya.Malangnya EXCO
terlalu lambat membuat keputusan.Datuk Penggawa semakin teruk dan ketika itu juga
baginda
sultan melawat keluar negeri iaitu ke Jepun.
Kisah ini tersebar ke seluruh negeri
Selangor ,ada seorang anggota
Polis Diraja
Malaysia bertugas di Balai
Polis Rawang,iaitu Raja
Hamzah menjelaskan bahawa beliau bermimpi sekiranya
Datuk Penggawa ingin sembuh meriam yang
dibawa ke Klang itu perlu di kembalikan ketempatnya semula,ataupun tempat meriam di
Kuala Selangor yang kosong itu mesti diganti dengan meriam
lain.
Raja Hamzah dikenali juga
sebagai bomoh/dukun.Kemudian beliaulah yang
memegang peranan penting dalam tragedi ini.
.