Monday 31 August 2015

4.2 PERALATAN YANG DIGUNAKAN SEMASA PEPERANGAN

                                 MERIAM PENGGAWA
      Meriam ini adalah datangnya pada tahun 1961 dengan mengandungi beberapa cerita lama yang agak tidak dapat dipercayai oleh akal manusia di zaman sains dan teknologi ini.Walaubagaimanapun disebabkan perkara ini telah berlaku,dianggap itulah sejarah.Tambahan pula bukti-buktinya masih boleh didapati melalui mereka yang terlibat.
      Adanya meriam misteri ini adalah dengan inisiatif Datuk Penggawa Permatang Paduka Mahabijaya Kuala Selangor dengan bantuan beberapa orang kampung yang berminat di bidang ini.Dari situlah meriam tersebut diberi nama Meriam Penggawa.         

 TRAGEDI
 
      Diantara lapan belas pucuk meriam yang masih ada di atas Bukit Selangor itu terdapat sepucuk daripadanya terpelihara dengan baik,malah meriam ini diberi bangunan yang indah dan istimewa.Meriam ini pada mulanya terletak di atas tempat khas dibuat daripada simen setinggi 3 kaki dalam sebuah beratap zing.
       Kini bangunan tersebut telah diperindahkan lagi,hampir merupai sebuah mimbar di dalam masjid.Meriam ini juga tidak meriah sunyi dari berselimutkan dengan kain berwarna kuning.
        Ramai pelawat bertanyaMengapa meriam tersebut diistimewakan sangat.Padahal bentuknya sama sahaja dengan meriam yang lain?Badan meriam itu sendiri telah terkopak-kopak menunjukkan telah begitu usianya” 
        Disebalik rupa yang buruk tersembunyi suatu sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh beberapa orang tempatan dan mereka yang hidup sezaman dengan kejadian itu.Meriam sepanjang 5 1/2 kaki dan agarisan pusat muncungnya 7 inci ini amat menarik ceritanya.
Mengikut cerita beberapa orang tua yang tahu mengenai hal ehwal senjata mengatakan meriam itu diperbuat dari besi kuning.
        Percaya atau tidaknya mengenai cerita meriam ini adalah merupakan perkara kedua kerana tragedi itu berlaku di zaman negara ini telah mencapai kemerdekaan dan dunia pon telah lama menyeberang ke zaman sains dan teknologi.Kejadian ini juga telah disaksikan oleh beribu-ribu orang penduduk Kuala Selangor dan sekitarnya.
  Diantara mereka nama yang tercatat di bawah ini benar-benar terlibat dalam kejadian ini:
a)  YDH DATUK HJ.IBRAHIM BIN DATUK ISMAIL,PENGGAWA PERMATANG
    PADUKA MAHABIJAYA KUALA SELANGOR.
b)  EN.NORBIT BIN LAKIK,JERAM,BEKAS PEKERJA MAJLIS DAERAH
     KUALA SELANGOR.
c)  EN. ABDUL GHANI BIN SULAIMAN,KETUA KAMPUNG JERAM.
      Pada awal tahun 1961 Istana Alam Shah Klang telah siap dibina sebagai menggantikan Istana Mahkota Lama yang dirobohkan.DYMM Sultan Abdul Aziz ketika itu belum lagi ditabalkan menjadi sultan Selangor,seterusnya akan merasmikan istana itu.
  Dengan itu baginda telah menitahkan Datuk Penggawa Kuala Selangor mengambil salah satu sepucuk meriam yang ada di atas Bukit Selangor untuk dibawa ke Klang.Datuk Penggawa sebagai yang taatkan perintah raja pun menjunjung duli.
      Setelah berunding dengan beberapa orang pegawai kerajaan,salah sepucuk meriam dari 3 pucuk sederet di tebing pintu Kota Selangor itu pun hendak dibawa ke Klang.
    Meriam 3 sederet ini ada mempunyai nama masing-masing.Jika mendaki bukit ini bermula dari rumah rehat,meriam pertama ialah Meriam Sultan Salehhuddin,kedua Sultan Ibrahim dan ketiga Sultan Muhammad.
   Setelah persetujuan dicapai,Datuk Penggawa pun memilih Meriam Sulatn Ibrahim itu bakal dibawa ke Klang pada keesokan harinya.Setelah malam walaupun keadaan cuaca di Kuala Selangor sangat baik,tenag dan tiada riak-riak hendak menunjukkan hari hendak hujan,tiada siapa menyangka tiba-tiba kedengaran suatu letupan

Letupan yang luar biasa ini menggegarkan beberapa buah bangunan di sekitarnya serentak dengan bunyi itu juga segala lampu elektrik semuanya padam dan Kuala Selangor.
  Ketika itu tiada seorang pun yang menyangka satu perkara ganjil berlaku.Masing-masing menganggap guruh atau petir menandakan hari hendak hujan.
  Sampah dari Lembaga Bandaran Kuala Selangor menuju tempat meriam yang hendak dibawa ke Klang itu.Sampai sahaja di tempat itu,Datuk Penggawa dengan keenam-enam orang buruh semuanya terkejut.
  Mereka terkejut kerana mendapati pokok jati yang pangkalnya sebesar dua pemeluk lebih itu telah ranap membaham tanah dengan dedaunnya hangus seperti terbakar.Pangakal itu yang sebesar itu putus seolah-olah dipanah petir.
  Kehairanan itu bertambah apabla beberapa orang lain sibuk memperkatakan semua pokok di kiri kanan jalan dari Kuala Selangor ke Asam Jawa sejarak 4 1/2 batu,semuanya hangus seolah-olah dimakan api.

Orang ramai mula membuat tafsiran masing-masing,tetapi titah sultan pantang disanggah.Meriam pilihan itu terpaksa dibawa juga ke KLang.Ketika meriam ini dimasukkan ke dalam lori sampah ramai di antaranya diselubungi perasaan sedih,tambahan pula mendengar bunyi ia dicampakkan begitu rupa.
  Dalam kesayuan dan titisan air mata beberapa orang yang menyaksikan kejadian meriam ini terus dibawa ke Klang untuk dijadikan perhiasan istana.Tinggallah tapaknya sahaja kosong seolah-olah menunggu gantinya. Esoknya diberitakan Datuk Penggawa Permatang jatuh sakit.Perasaannya tidak tentu arah,jiwanya rasa tertekan oleh sesuatu yang dia sendiri tidak tahu.Sesekali ingatannya melayang entah kemana menyebabkan fikirannya lemah.Beberapa orang doktor telah ditemui.Masing-masing mengatakan Datuk Penggawa tidak sakit cuma fikirannya sahaja terganggu.
  Dari doktor,Datuk Penggawa berubat kepada dukun cina dan beberapa orang bomoh Melayu yang diubat secara tradisional.Jawapan dari mereka tetap sama dan begitulah keadaannya berterusan.Terkecuali seorang daripada bomoh tersebut mengatakan.”sekirnya Datuk Penggawa ingin sembuh,meriam Kuala Selangor.

Setelah mendengar nasihat dan pandangan dari beberapa orang yang lebih tua Datuk Penggawa pun pergi menghadap baginda sultan dalam keadaan lemah memohon agar meriam diletakkan semula ke tempatnya di Kuala Selangor.
  Permohonan Datuk Penggawa tidak diperkenankan.Khabarnya beberapa orang besar istana juga mendapt penyakit yang sama dengan Datuk Penggawa.Kegagalan ini menjadikan penyakit Datuk Penggawa berterusan.
  Dengan kehendak sultan hal ini dipanjangkan ke pengetahuan EXCO Selangor untuk memutuskannya.Malangnya EXCO terlalu lambat membuat keputusan.Datuk Penggawa semakin teruk dan ketika itu juga baginda sultan melawat keluar negeri iaitu ke Jepun.
  Kisah ini tersebar ke seluruh negeri Selangor ,ada seorang anggota Polis Diraja Malaysia bertugas di Balai Polis Rawang,iaitu Raja Hamzah menjelaskan bahawa beliau bermimpi sekiranya Datuk Penggawa ingin sembuh meriam yang dibawa ke Klang itu perlu di kembalikan ketempatnya semula,ataupun tempat meriam di Kuala Selangor yang kosong itu mesti diganti dengan meriam lain.
  Raja Hamzah dikenali juga sebagai bomoh/dukun.Kemudian beliaulah yang memegang peranan penting dalam tragedi ini.
.



5.0 Kesan-Kesan Sejarah


                     Kuala Selangor yang memang telah dikenali tempat bermulanya persemayaman Sultan Selangor, sudah tentulah banyak meninggalkan beberapa kesan purbakala.
                Berlunaskan keterangan inilah di keempat-empat bukit terdapat berbagai-bagai kesan sejarah. Tetapi kebanyakannya terletak di atas Bukit Selangor, kerana disitu terdapat istana.