Wednesday 16 September 2015


Assalammualaikum dan salam sejahtera.Pada semua pembaca kami pelajar dari Politeknik Merlimau,Melaka ingin berkongsi tentang sejarah Bukit Malawati yang terletak di Selangor .Saya berharap dengan adanya blog ini pengetahuan sejarah anda semakin luas.
 
  Pertama sekali tujuan utama kami menulis blog ini adalah untuk melaksanakan tugasan e-folio yang ditugaskan oleh pensyarah subjek Pengajian Malaysia kami. Namun bagaimanapun, kami tetap berasa bangga untuk menjalankan tugasan ini.
            Kami memilih Bukit Melawati sebagai lokasi sejarah kami kerana kisah di sebalik bukit itu pada suatu ketika dahulu amat menarik perhatian kami.

 

Tuesday 15 September 2015

PENGENALAN


          Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melali suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa.Hasilnya , terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963. Semoga tugasan kami ini memenuhi kriteria yang diperlukan . semoga anda semua terhibur dengan blog kami.


Monday 14 September 2015

OBJEKTIF

* Menerangkanlatarbelakang Bukit Malawati.
* Menceritakan tentang asal-usul nama dan kesultanan diKuala Selangor.
* Menerangkan peristiwa yang berlaku di Bukit Malawati.
* Menghuraikan Kedatangan Belanda dan kejayaan sultan selangor.
* Mengenalpasti semangat patriotisme yang wujud kesan daripada peristiwa Bukit Malawati.

1.0 Kedudukan Kuala Selangor Dalam Negeri Selangor

Latar Belakang
Kuala Selangor adalah satu daripada sembilan daerah lain tidak termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,berada dalam negeri Selangor Darul Ehsan.Daerah ini juga yang pernah saya ketahui ianya bersempadan dibahagian utaranya daerah Sabak Bernam beribu daerah Pekan Sungai Besar.Di selatannya pula terdapat daerah Klang beribu daerah bandar Klang yang dikenali sebagai bandar Di Raja kerana dibandar inilah bersemayamnya DYMM sultan selangor iaiu sulan kelima,dan daerah Petaling adalah ibu daerah Petaling Jaya.
Di sebelah timur pula bersempadan daerah Hulu Selangor beribukan daerah Kuala Kubu Bharudan daerah Gombak pula beribukan Bandar Gombak.
Kuala Selangor ini merupakan daerah kedua luasnya di Selangor kira-kira 117,844 hektar selepas daerah Hulu Selangor seluas 174,047 hektar.Mengiku bancian penduduk dalam tahun 1994 jumlah penduduk Kuala Selangor lebih kurang 126,824 orang,merupakan tempat ke enam ramainya dalam negeri Selangor.Daerah yang teramai penduduknya ialah Petaling dengan keluasannya 48,432 hekar tetapi penghuninya hanya 736,344 orang.
Kuala Selangor juga mempunyai enam buah mukim seperti Tanjung Karang iaitu mukim paling luas,Permatang,Ijok,dan Api-api,Jeram,Pasangan,Ulu Tinggi dan Batang Berjuntai.Kuala Selangor adalah mukim Permatang.Seperti biasa taburan penduduk Melayu ramai tinggal dikampung ,orang cina dipekan-pekan sementara orang india diladang-ladang.Kuala Selangor yang merupakan ibu daerah berlonggoknya jabatan pentadbiran daerah menjadikan pekan Kuala Selangor tumpuan pegawai dan ketua jabatan daerah dan penolong-penolongnya,orang besar daerah atau dato'penggawa  permatang paduka maha bijaya  kuala selangor,ketua polis,bomba, projek barat laut, dan semua jabatan ermasuk majlis daerah dan pusat kesihatan kecuali hospital.

1.1 Ekonomi

Ramai penduduk di daerah ini menjadi petani,nelayan,buruh diladang kelapa sawit,pekerja lombong bijih timah Berjuntai,Peragsang Pasifik dan Shankey.Di sebabkan keadaan keadaan yang demikian,kedudukan tanah di daerah ini menjadikan sawah padi 14,923 ekar.Ladang kelapa sawit dan pekebun kecil berjumlah 25.326 ekar.Ladang getah dan pekebun kecil berjumlah 56,756 ekar,kelapa 39,330 ekar dan 305,905 ekar lagi ditanam dengan kopi,dusun,hutan simpan dan lombong bijih timah.
Disamping pertanian penduduk disini menjalankan usaha ternakan lembu,kambing,ayam,itik,dan burung puyuh.Tidak Kurang pula unsur ekonomi melalui kerja-kerja tangan yang terdapat dikampung-kampung.

Sunday 13 September 2015

1.2 Keadaan Tanah

Kawasan utara daerah ini keadaan tanahnya berpaya seperti Sekincan,Parit Empat,Sungai Burong,sementara diselatnya seperti Sg.Serih dan kelat.Dikawasan ini dikatakan 70% daripadanya merupakan jelapang padi yang terluas di Negeri Selangor iaiti Tnjung Karang.
Dibahagian tengahnya boleh dikatakan bertanah pamah yang suburditanam dengan kelapa,kelapa sawit,kopi,dusun buah-buahan,terutamanya getah yang menjadikan berpuluh-puluh ladang(estate)seperti:
  • Ladang Selangor River
  • Ladang River Side
  • Ladang Sungai Buluh 
  • Ladang Bukit Rotan
  • Ladang Rajagiri
  • Ladang Calodonian
  • Ladang Robinson
  • Ladang Sg.Tinggi
  • Ladang Mary
  • Ladang Bukit Minyak dan lain-lain.
Di bahagian timurnya terdapat lombong-lombong bijih timah seperti Lombong Berjuntai (Terkenal seluruh dunia ketika dahulu dengan pengeluran bijih timah)Lombong Perangsang Pasific dan Lombong Shankey.
Daerah ini juga dilembahi oleh beberapa batang sungai seperti Sg.Assam Jawa,Sg.Api-api,Sg.Buluh,Sg.Sembilang,Sg.Janggut.

Saturday 12 September 2015

1.3 Awalan

Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut dipanggil rakya laut yang hidupnya sebagai seorang nelayan dengan menangkap ikan.Mereka tinggal disepanjang tebing sungai kira-kira dalam 2 atau 3 batu dari Kuala sungai hingga ke hulunya.
Ketua mereka terdiri dari seorang wanita yang berketurunan bugis yang mempunyai sifa kasih dan penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya.Sifat inilah yang terbaik dan yang selalu menarik perhatian sehingga penduduk kampung berazam tidak akan berketuakan lain dari keturunan Bugis.Walaupun ada orang lain yang ingin menjadi ketua di Kuala Selangor.
Tetapi dalam R.J Wilkinson ada mengatakan orang bugis yang bertempat di Selangor iaitu Kuala Selangor yang bernama Daeng Lakani dalam K.M 17.Ini bererti di Kuala Selangor telah ada didiami oleh kaum lain sebelum itu,dengan ini nyatalah bahawa orang bugis telah bertapak di Selangor sejak KM17 lagi.
Penduduk di Kuala Selangor ketika itu dikatakan sebagai pettani dan nelayan,ada juga yang menjalankan kegiatan melanun dan menyamun di sepanjang pantai Selangor.Hasil samunan disimpan  disebuah teluk yang sehingga kini dikenali sebagai Telek Penyamun,kira-kira sebatu dari Kuala Selangor.
Sejarah Melayu naskah Raffles no.18 ada menyebut semasa Sultan Mahmud Shah Melaka di Bentan kira-kira T.M. 1513,Tun Mahmud iaitu Seri Agar Diraja telah dirajakan di Selangor.
Jeram,diantara tempat tertua di Selangor,terletak di daerah ini elah juga tersebu dalam Sejarah Melayu.Dikatakan bahawa Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 telah merajakan puteranya Paduka Seri Cina Jeram.Jeram merupakan pelabuhan pada waktu itu.