Wednesday, 9 September 2015

2.0 Asal-Usul Nama Kuala Selangor




Ketiadaan ketua kaum di Kuala Selangor inilah membawa keinginan bagi orang Perak dan Kedah untuk menjadi penghulu disitu.Malangnya tidak seorang pun dari mereka yang datang diterima oleh penduduk tempatan.Keadaan ini sangat berbeza dengan kedatangan Raja Lumu yang telah disambut baik dan diiktiraf menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama.

Mereka yang datang kesitu hanya dibenarkan meneroka tanah baru dan membuat tempat kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor.Sehingga ini masih terdapat lagi beberapa buah kampung mengikut nama negeri asal mereka atau tempat si peneroka datang, umpamanya Kampung Kedah,Tanjung Siam,Kampung Asahan,Kampung Kuantan dan Kampung Aceh.
Ada cerita mengatakan nama Selangor ialah dari sebutan seekor langau,sejenis binatang menyerupai lalat tetapi bewarna hijau dan lebih besar daripada lalat.
Cerita ini selanjutnya menerangkan kononnya seorang pahlawan datang dari selatan dalam perjalanannya ke utara. Pahlawan itu datang dari Melaka yang ketika itu telah dikalahkan oleh Portugis. Beliau keletihan dan cuba berehat dibawah sebatang pokok. Belum pun sempat melelapkan mata datang seekor langau terbang mengelilingi kepalanya.
Kemudian langau itu hinggap dihidungnya, pahlawan itu cuba menamparnya tetapi langau tersebut lepas terbang. Begitulah keadaannya beberapa kali.
Dengan satu tekad pahlawan tadi membuat keputusan sekiranya keadaan begitu berlaku lagi dia akan menampar langau tersebut sekuat-kuat hatinya. Apabila langau tersebut hinggap lagi ke hidungnya lagi pahlawan itupun menampar seberapa kuat yang boleh, malangnya langau terus berlalu hanya tinggal kesan sakitnya di batang hidung.
Dari keadaan inilah setiap kali dia memegang hidungnya setiap itulah pula teringatkan kisah seekor langau. Terbitlah difikirannya bahawa dia tidak pernah dikalahkan oleh mana mana panglima atau pahlawan, tetapi ditewaskan oleh seekor langau sahaja. “Mungkin ini alamat baik pada fikirannya”.
Keadaan ini telah menimbulkan keinginannya untuk meneroka tempat tersebut dan membatalkan sahaja rancangannya hendak mengembara lebih jauh lagi. Tempat itulah dinamakan se(satu) langau, kemudiannya Selangor.
Pendapat lain menyebut bahawa nama Selangor berasala dari banyaknya pokok mentangau, sejenis kayu laut. Sebenarnya pokok mentangau ini masih boleh didapati sehingga sekarang dipinggir pinggir sungai Selangor.
Lagipun mengikut kebiasaannya orang orang zaman dahulu terlalu suka memberi nama sesuatu tempat berpandukan kepada nama pokok atau kejadian disitu.
Ditempat tempat lain juga terdapat beberapa buah tempat yang berasal dari nama pokok, umpamanya Durian Sebatang, DurianTtunggal, Bagan Serai, Bukit Lada Pulau Pinang, Nibong Tebal, dan lain lain.
Berita dahulu telah diketahui oleh orang orang Kuala Selangor, oleh sebab itu mereka berikhtiar agar rombongan tersebut tidak dapat mudik.
Tidak jauh dari Kuala Sungai yang dimudiki oleh bahtera 

No comments:

Post a Comment