Wednesday, 2 September 2015

4.0 Faktor kejayaan sultan ibrahim merampas semula kota selangor



Sultan Ibrahim Shah yang sangat terkenal dengan Gagah Perkasa telah berjaya merampas semula Negeri Selangor dari tangan Belanda. Kejayaan baginda ini dicapai dengan mendapat bantuan bala tentera Bendahara Abdul Majid dari Pahang dan Raja Haji yang merupakan Yang Dipertua Muda Kesultanan Johor-Riau-Lingga (1777-1784) yang jua merupakan bapa saudara kepada baginda.Selangor mula dikuasai oleh Belanda pada bulan Ogos 1784 .

 Kekalahan Sultan Selangor berpunca kekurangan bala tentera kerana baginda telah ditugaskan membantu Raja Haji dalam peperangan mengusir penceroboh-penceroboh Belanda dari Empayar Johor-Riau . Pencerobohan Belanda di Empayar Johor-Riau telah melanggar perjanjian persahabatan di antara Raja Haji dengan pihak Belanda.Sebagai balasan tindakan Belanda, Raja Haji telah membatalkan perjanjian tersebut dan membantu Sultan Selangor memerangi penempatan-penempatan Belanda di Melaka.

 
Dalam peperangan ini Belanda mengalami banyak kekalahan dan terpaksa menghadapi kesulitan mendapatkan bekalan makanan. Walaubagaimanapun peperangan ini terpaksa dihentikan kerana kematian Raja Haji dan beberapa orang pahlawan Bugis yang lain pada 18 Jun 1784.Baginda tidak berputus asa untuk mendapatkan semula Selangor dari tangan Belanda. Dengan antuan Bendahara Pahang baginda telah menyusun semula segala bala tentera untuk menentang Belanda.Akhirnya baginda bersama Bendahara Abdul Majid berjaya mengalahkan dan mengusir Belanda dari Selangor.

    

No comments:

Post a Comment