Sejarah Kesultanan Melayu bermula di Kuala Selangor,kerana kesannya terhadap Kuala Selangor sehingga kini.
Mereka yang
datang ke kawasan itu hanya dibenarkan untuk meneroka tanah baru dan membuat
kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor. Sehingga kini masih lagi
terdapat beberapa buah kampung mengikut nama negeri atau tempat asal peneroka
ini. Umpamanya Kampung Kedah, Kampung Siam, Kampung Asahan, dan Kampung
Kuantan.
Akhir
K.M 17 di Kuala Selangor telah mempunyai Yam Tuan iaitu seorang raja dari neri
Goa Tanah Bugis bernama Arang Pasarai dan anaknya yang berkahwin dengan Daeng Parani,salah seorang anak raja Bugis lima bersaudara,kemudian nya mendapat puteri Berima.
Daeng Parani dengan bantuan saudara-saudranya pergi membantu Sultan Kedah kerana rebutan kuasa. Dalam pertempuran ini Daeng Parani mangkat kena tembak(makannya masih ada).
Seorang lagi dari Raja Bugis itu ialah Daeng Chelak berkahwin dengan Tengku Mandak adinda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah(1722-1760)Johor.Manakala Deng Chelak bertugas ke Riau sebagai Yam Tuan Muda Riau ke11 dalam tahun 1730an,seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.
No comments:
Post a Comment