Thursday, 3 September 2015

3.1 Tempat-Tempat Bersejarah

3.1TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
 Makam-Makam Sultan Selangor
Sultan Selangor Pertama - Sultan Salahuddin (1742-1778)
Sultan Selangor Kedua - Sultan Ibrahim (1778-1826)

Sultan Selangor Ketiga - Sultan Mahmud (1826-1857)

Sebuah bangunan kira-kira 40x30 kaki persegi, berdinding batu dihiasi dengan tingkap cermin dan beberapa kemudahan awam seperti perdupaan tikar dan kipas angina telah diadakan
   Di antara perkuburan yang banyak itu terdapat juga tiga buah pusara yang berturap dengan batu marmar kuning dan putih. Di tiap-tiap pusara itu tertulis dengan keterangan mengenai diri empunya.
 Bangunan ini telah diperbaharui dalam tahun 1976 dan siap di akhir tahun 1977, dirasmikan oleh DYMM Sultan Salahuddin Ab. Aziz Syah Ibni Al Marhum Hishamuddin Alam Syah dalam tahun yang sama.
   Bangunan asalnya merupakan sebuah kepungan bersimin setinggi 4 kaki dan sekerat lagi berjerejak besi bulat setinggi 4 kaki juga.
 Penghujung tembuk sebelah kiri, merapati ke dinding terdapat sebuah pusara berbatu nisan kecil bulat bersegi setinggi 1 ½ kaki yang dibuat dari batu pejal bercanai halus.
 Dikanan terdapat sebuah lagi pusara sama bentuk dan panjangnya. Batu nisan ini bersegi empat pipih yang di bahagian kepala.
   Di hujung pula terdapat pusara di tegakkan dua ketul batu nisan besarnya bersegi 6 antara kepala dengan kaki. Di antara ketiga-tiga makam tersebut, nisan inilah yang paling besar dan agak anih.
Bahagian atas berukuran 60 inci sementara dibahagian bawahnya 45 inci lilitannya,di nisan ini terukir awan larat seni pahat Melayu lama tapi ukiran itu dah kabur dan sama dengan batu nisan yang terdapat di makam tersebut.

  Pada tembuknya bertulis dengan perkataan Sultan Muhammad mangkat dalam tahun 1857. Batu-batu nisan terdapat di makam kedua dan ketiga ini benar benar ada persamaannya dengan batu nisan di makam Al Marhum Sultan Muzaffar Syah yang terletak di Kampung Langgar, Bedong Kedah.



 Pusara Panglima Hitam dan Telaga Tujuh


  Mengikut Ceritanya ini adalah Makam Yang pertama.

Di samping makam al marhum itu terdapat sebuah pusara sepanjang tidak kurang    dari 6 kaki, bertembukan batu pejal
  Anehnya batu nisan ini berukir indah seolah-olah merupakan hulu keris. Nisan ini sentiasa berlilit dengan kain berwana hitam, mengingatkan bahawa beliau ini adalah seorang Panglima Hitam Selangor yang handal itu.
Malah beliau juga salah seorang panglima Selangor yang sama-sama menghalau Belanda dari bumi Selangor dalam tahun 1875. Nama gelaran Panglima Hitam ini ada dimana mana kerajaan Melayu

  Ada yang menafikan bahawa pusara bukan kepunyaan Panglima Hitam Selangor seperti nama yang diwartakan. Ada satu pendapat, sebenarnya pusara itu adalah milik seorang Panglima Wanita Melayu bernama Nakhoda Aisyah bersama rakyat Selangor. Apa yang menarik adalah makam ini ditanda batu nesan Aceh. Kemudian baru saya dapat tahu inilah makam Panglima Hitam. Selama ini saya menganggap makam sebelum inilah miliknya sedangkan ia sebenarnya milik seorang pahlawan wanita. Untuk pengetahuan terdapat ramai pahlawan yang dikenali sebagai Panglima Hitam...








Setelah adanya bekalan air paip yang dipamkan ke atas bukit tersebut, menyebabkan telaga-telaga ini dikambuskan, kecuali dua buah sahaja yang tinggal.
  Pendapat ini bercanggah dengan suatu keterangan lain, iaitu mengatakan bahawa telaga tersebut bukannya tujuh buah tetapi tujuh pancutan mata airnya ada dalam sebuah telaga
  

Telaga ini tak pernah kering walaupun kemarau panjang. Suatu lagi perkara yang agak aneh mengenai telaga ini, walaupun beberapa ribu gelen air dikeluarkan dari dalam perutnya tetapi sedikitpun tidak Nampak susutnya. Ternyata Kuala Selangor pernah dilanda banjir hampir dua bulan.

  Air telaga yang sentiasa tenang dan jernih itu dianggap oleh penduduk di sini ada mempunyai suatu kelebihan. Sehingga sekarang telaga tersebut dipelihara dengan baik.




BATU HAMPAR,PERIGI BERACUN DAN BUSUT MALAWATI.
  Di halaman istana sultan terdapat suatu kawasan tanah lapang sambil menurun tiga mata anak tangga menghala ke matahari terbit terdapat seketul batu pejal.








Jika dipandang sekali imbas, tiada siapa mempercaai tanah pasir yang peroi itu boleh menampung ketulan batu sebesar yang dijelaskan.
Batu ini terletak di Sungai Selangor sebagai tambatan bahtera yang berlabuh. Batu Hampar  itu diadakan sebagai tempat persemayaman sultan sewaktu berehat.



 Perigi Beracun
  Air perigi ini dikatakan berisi racun, iaitu hasil ramuan beberapa jenis getah dan miang rebung. Airnya diisi hingga ke paras dagu penderhaka sahaja. Dijadikan tempat penyeksaan kepada penderhaka.







Busut ini dibina mempunyai dua tujuan utama. Pertama dijadikan tempat sultan berehat-rehat dengan raja-raja negeri lain. Di jadikan tempat perjudian. Semasa ada hari hari keramaian yang berlangsung di istana.
  Setiap sultan yang melawat ke Kuala Selangor akan dibawa ke sini, dari situlah punca nama busut tersebut dinamakan melawati dan kemudinya nama khas di eja Malawati.
  Tujuan kedua ialah sebagai tempat menyimpan harta-harta kerajaan ketika itu. Di perut busut terdapat sebuah gua dikatakan masih terdapat senjata yang menarik minat orang ramai.



No comments:

Post a Comment