Wednesday 16 September 2015


Assalammualaikum dan salam sejahtera.Pada semua pembaca kami pelajar dari Politeknik Merlimau,Melaka ingin berkongsi tentang sejarah Bukit Malawati yang terletak di Selangor .Saya berharap dengan adanya blog ini pengetahuan sejarah anda semakin luas.
 
  Pertama sekali tujuan utama kami menulis blog ini adalah untuk melaksanakan tugasan e-folio yang ditugaskan oleh pensyarah subjek Pengajian Malaysia kami. Namun bagaimanapun, kami tetap berasa bangga untuk menjalankan tugasan ini.
            Kami memilih Bukit Melawati sebagai lokasi sejarah kami kerana kisah di sebalik bukit itu pada suatu ketika dahulu amat menarik perhatian kami.

 

Tuesday 15 September 2015

PENGENALAN


          Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melali suatu proses yang panjang.Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal.Oleh itu , semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat.Kempen-kempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa , akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa.Hasilnya , terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963. Semoga tugasan kami ini memenuhi kriteria yang diperlukan . semoga anda semua terhibur dengan blog kami.


Monday 14 September 2015

OBJEKTIF

* Menerangkanlatarbelakang Bukit Malawati.
* Menceritakan tentang asal-usul nama dan kesultanan diKuala Selangor.
* Menerangkan peristiwa yang berlaku di Bukit Malawati.
* Menghuraikan Kedatangan Belanda dan kejayaan sultan selangor.
* Mengenalpasti semangat patriotisme yang wujud kesan daripada peristiwa Bukit Malawati.

1.0 Kedudukan Kuala Selangor Dalam Negeri Selangor

Latar Belakang
Kuala Selangor adalah satu daripada sembilan daerah lain tidak termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,berada dalam negeri Selangor Darul Ehsan.Daerah ini juga yang pernah saya ketahui ianya bersempadan dibahagian utaranya daerah Sabak Bernam beribu daerah Pekan Sungai Besar.Di selatannya pula terdapat daerah Klang beribu daerah bandar Klang yang dikenali sebagai bandar Di Raja kerana dibandar inilah bersemayamnya DYMM sultan selangor iaiu sulan kelima,dan daerah Petaling adalah ibu daerah Petaling Jaya.
Di sebelah timur pula bersempadan daerah Hulu Selangor beribukan daerah Kuala Kubu Bharudan daerah Gombak pula beribukan Bandar Gombak.
Kuala Selangor ini merupakan daerah kedua luasnya di Selangor kira-kira 117,844 hektar selepas daerah Hulu Selangor seluas 174,047 hektar.Mengiku bancian penduduk dalam tahun 1994 jumlah penduduk Kuala Selangor lebih kurang 126,824 orang,merupakan tempat ke enam ramainya dalam negeri Selangor.Daerah yang teramai penduduknya ialah Petaling dengan keluasannya 48,432 hekar tetapi penghuninya hanya 736,344 orang.
Kuala Selangor juga mempunyai enam buah mukim seperti Tanjung Karang iaitu mukim paling luas,Permatang,Ijok,dan Api-api,Jeram,Pasangan,Ulu Tinggi dan Batang Berjuntai.Kuala Selangor adalah mukim Permatang.Seperti biasa taburan penduduk Melayu ramai tinggal dikampung ,orang cina dipekan-pekan sementara orang india diladang-ladang.Kuala Selangor yang merupakan ibu daerah berlonggoknya jabatan pentadbiran daerah menjadikan pekan Kuala Selangor tumpuan pegawai dan ketua jabatan daerah dan penolong-penolongnya,orang besar daerah atau dato'penggawa  permatang paduka maha bijaya  kuala selangor,ketua polis,bomba, projek barat laut, dan semua jabatan ermasuk majlis daerah dan pusat kesihatan kecuali hospital.

1.1 Ekonomi

Ramai penduduk di daerah ini menjadi petani,nelayan,buruh diladang kelapa sawit,pekerja lombong bijih timah Berjuntai,Peragsang Pasifik dan Shankey.Di sebabkan keadaan keadaan yang demikian,kedudukan tanah di daerah ini menjadikan sawah padi 14,923 ekar.Ladang kelapa sawit dan pekebun kecil berjumlah 25.326 ekar.Ladang getah dan pekebun kecil berjumlah 56,756 ekar,kelapa 39,330 ekar dan 305,905 ekar lagi ditanam dengan kopi,dusun,hutan simpan dan lombong bijih timah.
Disamping pertanian penduduk disini menjalankan usaha ternakan lembu,kambing,ayam,itik,dan burung puyuh.Tidak Kurang pula unsur ekonomi melalui kerja-kerja tangan yang terdapat dikampung-kampung.

Sunday 13 September 2015

1.2 Keadaan Tanah

Kawasan utara daerah ini keadaan tanahnya berpaya seperti Sekincan,Parit Empat,Sungai Burong,sementara diselatnya seperti Sg.Serih dan kelat.Dikawasan ini dikatakan 70% daripadanya merupakan jelapang padi yang terluas di Negeri Selangor iaiti Tnjung Karang.
Dibahagian tengahnya boleh dikatakan bertanah pamah yang suburditanam dengan kelapa,kelapa sawit,kopi,dusun buah-buahan,terutamanya getah yang menjadikan berpuluh-puluh ladang(estate)seperti:
  • Ladang Selangor River
  • Ladang River Side
  • Ladang Sungai Buluh 
  • Ladang Bukit Rotan
  • Ladang Rajagiri
  • Ladang Calodonian
  • Ladang Robinson
  • Ladang Sg.Tinggi
  • Ladang Mary
  • Ladang Bukit Minyak dan lain-lain.
Di bahagian timurnya terdapat lombong-lombong bijih timah seperti Lombong Berjuntai (Terkenal seluruh dunia ketika dahulu dengan pengeluran bijih timah)Lombong Perangsang Pasific dan Lombong Shankey.
Daerah ini juga dilembahi oleh beberapa batang sungai seperti Sg.Assam Jawa,Sg.Api-api,Sg.Buluh,Sg.Sembilang,Sg.Janggut.

Saturday 12 September 2015

1.3 Awalan

Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut dipanggil rakya laut yang hidupnya sebagai seorang nelayan dengan menangkap ikan.Mereka tinggal disepanjang tebing sungai kira-kira dalam 2 atau 3 batu dari Kuala sungai hingga ke hulunya.
Ketua mereka terdiri dari seorang wanita yang berketurunan bugis yang mempunyai sifa kasih dan penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya.Sifat inilah yang terbaik dan yang selalu menarik perhatian sehingga penduduk kampung berazam tidak akan berketuakan lain dari keturunan Bugis.Walaupun ada orang lain yang ingin menjadi ketua di Kuala Selangor.
Tetapi dalam R.J Wilkinson ada mengatakan orang bugis yang bertempat di Selangor iaitu Kuala Selangor yang bernama Daeng Lakani dalam K.M 17.Ini bererti di Kuala Selangor telah ada didiami oleh kaum lain sebelum itu,dengan ini nyatalah bahawa orang bugis telah bertapak di Selangor sejak KM17 lagi.
Penduduk di Kuala Selangor ketika itu dikatakan sebagai pettani dan nelayan,ada juga yang menjalankan kegiatan melanun dan menyamun di sepanjang pantai Selangor.Hasil samunan disimpan  disebuah teluk yang sehingga kini dikenali sebagai Telek Penyamun,kira-kira sebatu dari Kuala Selangor.
Sejarah Melayu naskah Raffles no.18 ada menyebut semasa Sultan Mahmud Shah Melaka di Bentan kira-kira T.M. 1513,Tun Mahmud iaitu Seri Agar Diraja telah dirajakan di Selangor.
Jeram,diantara tempat tertua di Selangor,terletak di daerah ini elah juga tersebu dalam Sejarah Melayu.Dikatakan bahawa Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 telah merajakan puteranya Paduka Seri Cina Jeram.Jeram merupakan pelabuhan pada waktu itu.

Friday 11 September 2015

1.4 Peta Daerah Selangor

Peta daerah Selangor yang menunjukkan dimana terletaknya Kg.Assam Jawa,Tg.Karang,Bukit Malawati,K.Sg.Buloh,Jeram,Permatang ,dan Klang.

Thursday 10 September 2015

1.5 Kuala Selangor Di Peringkat Awal

Nama Selangor bermula dari Kuala Selangor,sebuah pekan dipinggir Sungai Selangor.Timbulnya,nama Selangor adalah bersempena dari sungainya. Kuala sungai ini dinamakan Kuala Selangor. Zaman dahulu memang telah menjadi kebiasaan orang menamakan sesuatu tempat itu dengan nama sungai.Sebagaiman yang kita ketahui meraka tinggal di tebing sungai yang menjadi alat perhubungan ketika itu.
Negeri Perlis adalah berasal dari Sungai Pelit(Perlite dalam bahasa Perancis membawa erta batu,yakin sungai batu.Demikian juga pada nama Selangor .Diagakkan nama Selangoriaitu Kuala Selangor ini juga telah wujud lebih awal dari K.M.16,kerana sebelum Melaka dikalahkan oleh Portugis dalam tahun 1511 Kuala Selangor pernah ditakluk oleh Melaka.
Dlam sejarah melayu menyebut zaman Paduka Seri Maharaja memerintah Singapura berteman dengan seorang dari Pasai yang bernama Tun Jana Khatib yang mahir Ilmu Khayal Lillah dan Tauhid mempunyai dua orang sahabat seorang  daripadanya pergi ke Samarlingga (Selangor) dan seorang lagi ke Bungoran sementara Tun Jana Khatib pula pergi ke Singapura. 
Paduka Seri Maharaja dikatakan memerintah dalam K.M14 (1301-1400).Jika keterangan ini benar,jelaskah bahawa nama Selangor tela pun ada ketika itu atau sebelumnya.
Dalam Kitab Jawa Negara keteragama yang terkarang di pertengahan K.M 14 pula menyebut nama Kelang tertaklauk ke Majapahit.Klang ada dalam negeri Selangor,ini bukti Selangor telah ada pada kurun masihi itu.
Sejarah Melayu juga ada menyebut dizaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1445-1458),Tun Perak telah dijemput menjadi Penghulu Kelang.
Paduka Seri China,salah seorang putera Sultan Mansur Shah.Melaka juga penah dilantik menjadi raja di Jeram (istananya diatas bukit JERAM).Di zaman Sultan Alauudin Shah iaitu Sultan pertama di Johor Lama,ada menyebut ketua orang Klang menggunakan gelaran Madulika sementara pegawai yang menjaga di kawasan Sungai Selangor digelar Sri Agar Diraja.
Memandangkan segala keterangan diatas ,nyatalah nama selangor telah ada sebelum K.M15,Selangor yang dimaksud diketerangan diatas ialah Kuala Selangor sekarang ini dimana bermulanya plitik negeri tersebut.Tidak dapt dinafikan lagi Kuala Selangor telah bermula lah pentadbiran negeri itu masih terdapat hingga sekarang.
Sifat seorang pemerintah yang bertimbang rasa inilah yang mempengaruhi penduduk orang asli disitu,hinggakan mereka bersumpah tidak akan melantik ketua lain kecuali dari krturunan Bugis.Faktor ini lah yang menyebabka kedatangan Raja Lumu ke Selangor telah diterima baik oleh penduduk tempatan.
Apabila meninggalnya ketua merekalalu dikebumikan disebuah bukit.Mengikut ceritanya bukit itu adalah Bukit Hospital yang berhampiran dengan Pejabat Daerah Kuala Selangor dekarang ini (1979).Disisi pusara UpU Chendera Burung ini terdapat sebuah kolah air tawar dan sepohon Bunga Tanjung.

Wednesday 9 September 2015

2.0 Asal-Usul Nama Kuala Selangor




Ketiadaan ketua kaum di Kuala Selangor inilah membawa keinginan bagi orang Perak dan Kedah untuk menjadi penghulu disitu.Malangnya tidak seorang pun dari mereka yang datang diterima oleh penduduk tempatan.Keadaan ini sangat berbeza dengan kedatangan Raja Lumu yang telah disambut baik dan diiktiraf menjadi Yang DiPertuan Selangor pertama.

Mereka yang datang kesitu hanya dibenarkan meneroka tanah baru dan membuat tempat kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor.Sehingga ini masih terdapat lagi beberapa buah kampung mengikut nama negeri asal mereka atau tempat si peneroka datang, umpamanya Kampung Kedah,Tanjung Siam,Kampung Asahan,Kampung Kuantan dan Kampung Aceh.
Ada cerita mengatakan nama Selangor ialah dari sebutan seekor langau,sejenis binatang menyerupai lalat tetapi bewarna hijau dan lebih besar daripada lalat.
Cerita ini selanjutnya menerangkan kononnya seorang pahlawan datang dari selatan dalam perjalanannya ke utara. Pahlawan itu datang dari Melaka yang ketika itu telah dikalahkan oleh Portugis. Beliau keletihan dan cuba berehat dibawah sebatang pokok. Belum pun sempat melelapkan mata datang seekor langau terbang mengelilingi kepalanya.
Kemudian langau itu hinggap dihidungnya, pahlawan itu cuba menamparnya tetapi langau tersebut lepas terbang. Begitulah keadaannya beberapa kali.
Dengan satu tekad pahlawan tadi membuat keputusan sekiranya keadaan begitu berlaku lagi dia akan menampar langau tersebut sekuat-kuat hatinya. Apabila langau tersebut hinggap lagi ke hidungnya lagi pahlawan itupun menampar seberapa kuat yang boleh, malangnya langau terus berlalu hanya tinggal kesan sakitnya di batang hidung.
Dari keadaan inilah setiap kali dia memegang hidungnya setiap itulah pula teringatkan kisah seekor langau. Terbitlah difikirannya bahawa dia tidak pernah dikalahkan oleh mana mana panglima atau pahlawan, tetapi ditewaskan oleh seekor langau sahaja. “Mungkin ini alamat baik pada fikirannya”.
Keadaan ini telah menimbulkan keinginannya untuk meneroka tempat tersebut dan membatalkan sahaja rancangannya hendak mengembara lebih jauh lagi. Tempat itulah dinamakan se(satu) langau, kemudiannya Selangor.
Pendapat lain menyebut bahawa nama Selangor berasala dari banyaknya pokok mentangau, sejenis kayu laut. Sebenarnya pokok mentangau ini masih boleh didapati sehingga sekarang dipinggir pinggir sungai Selangor.
Lagipun mengikut kebiasaannya orang orang zaman dahulu terlalu suka memberi nama sesuatu tempat berpandukan kepada nama pokok atau kejadian disitu.
Ditempat tempat lain juga terdapat beberapa buah tempat yang berasal dari nama pokok, umpamanya Durian Sebatang, DurianTtunggal, Bagan Serai, Bukit Lada Pulau Pinang, Nibong Tebal, dan lain lain.
Berita dahulu telah diketahui oleh orang orang Kuala Selangor, oleh sebab itu mereka berikhtiar agar rombongan tersebut tidak dapat mudik.
Tidak jauh dari Kuala Sungai yang dimudiki oleh bahtera 

Tuesday 8 September 2015

2.1 Kesultanan

Sebagaimana yang tertulis di atas bahawa Kuala Selangor mempunyai sultan tempat ini telah pun didiami oleh seorang wakil keturunan Bugis namanya Upu Chendra Burun.Kisah ini berlainan jika dikaitkan dengan selangor seluruhnya.Kalau berpandukan kepada kesultanan pertama memanglah tiada siapa dapat menafikan bahawa Raja Lumun yang bergelarSultan Salehuddin itu merupakan Yang DiPertuan Kuala Selangor(Selangor) pertama.
Walaupun ada setengah pendapat mengatakan bahawa Raja Lumun bukan sultan pertama di Selangor kerana Raja Lumun datang di Selangor telah ada yang memerintahnya.Malah keterangan itu mendakwa di Kelang telah lebih awal mempunyai ketua,Datuk Engku Kelang.
Datuk Engku Kelang berasal dari Negeri Sembilan,anak Sultan Johor.Dalam keterangan yang sama juga menjelaskan bahawa di Kuala Selangor telah ditadbirkan oleh Datuk Penggawa,Langat Datuk Aru,Ulu Langat dipimpin oleh  Datuk Engku Kelang dan Kelang pula ditadbir oleh En.Chik Yang Tujuh.
Berpandukan  dari keterangan ini nyatalah bahawa pemimpin Dtuk Engku Kelang tidak meliputi Kuala Selangor,beliau hanya berkuasa disepanjang Sungai Kelang sahaja.

Monday 7 September 2015

2.2 Kesultanan Awal

Sejarah Kesultanan Melayu bermula di Kuala Selangor,kerana kesannya terhadap Kuala Selangor sehingga kini.

 Mereka yang datang ke kawasan itu hanya dibenarkan untuk meneroka tanah baru dan membuat kediaman di sepanjang pinggir Sungai Selangor. Sehingga kini masih lagi terdapat beberapa buah kampung mengikut nama negeri atau tempat asal peneroka ini. Umpamanya Kampung Kedah, Kampung Siam, Kampung Asahan, dan Kampung Kuantan.
 Akhir K.M 17 di Kuala Selangor telah mempunyai Yam Tuan iaitu seorang raja dari neri Goa Tanah Bugis bernama Arang Pasarai dan anaknya yang berkahwin dengan Daeng Parani,salah seorang anak raja Bugis lima bersaudara,kemudian nya mendapat puteri Berima.
Daeng Parani dengan bantuan saudara-saudranya pergi membantu Sultan Kedah kerana rebutan kuasa. Dalam pertempuran ini Daeng Parani mangkat kena tembak(makannya masih ada).
Seorang lagi dari Raja Bugis itu ialah Daeng Chelak berkahwin dengan Tengku Mandak adinda kepada Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah(1722-1760)Johor.Manakala Deng Chelak bertugas ke Riau sebagai Yam Tuan Muda Riau ke11 dalam tahun 1730an,seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.