Saturday, 12 September 2015

1.3 Awalan

Penduduk Kuala Selangor yang awal adalah dari orang laut dipanggil rakya laut yang hidupnya sebagai seorang nelayan dengan menangkap ikan.Mereka tinggal disepanjang tebing sungai kira-kira dalam 2 atau 3 batu dari Kuala sungai hingga ke hulunya.
Ketua mereka terdiri dari seorang wanita yang berketurunan bugis yang mempunyai sifa kasih dan penyayang serta pandai mengambil hati anak buahnya.Sifat inilah yang terbaik dan yang selalu menarik perhatian sehingga penduduk kampung berazam tidak akan berketuakan lain dari keturunan Bugis.Walaupun ada orang lain yang ingin menjadi ketua di Kuala Selangor.
Tetapi dalam R.J Wilkinson ada mengatakan orang bugis yang bertempat di Selangor iaitu Kuala Selangor yang bernama Daeng Lakani dalam K.M 17.Ini bererti di Kuala Selangor telah ada didiami oleh kaum lain sebelum itu,dengan ini nyatalah bahawa orang bugis telah bertapak di Selangor sejak KM17 lagi.
Penduduk di Kuala Selangor ketika itu dikatakan sebagai pettani dan nelayan,ada juga yang menjalankan kegiatan melanun dan menyamun di sepanjang pantai Selangor.Hasil samunan disimpan  disebuah teluk yang sehingga kini dikenali sebagai Telek Penyamun,kira-kira sebatu dari Kuala Selangor.
Sejarah Melayu naskah Raffles no.18 ada menyebut semasa Sultan Mahmud Shah Melaka di Bentan kira-kira T.M. 1513,Tun Mahmud iaitu Seri Agar Diraja telah dirajakan di Selangor.
Jeram,diantara tempat tertua di Selangor,terletak di daerah ini elah juga tersebu dalam Sejarah Melayu.Dikatakan bahawa Sultan Mansur Syah Melaka yang memerintah dari 1459 hingga 1477 telah merajakan puteranya Paduka Seri Cina Jeram.Jeram merupakan pelabuhan pada waktu itu.

1 comment:

  1. Why casino sites offer a wide range of bonuses
    What is 아이 벳 25 a casino bonus? seda bet — A no deposit casino 카 심바 슬롯 bonus is 오락실 슬롯 머신 게임 a bet on a particular game, regardless of whether 토토 랜드 같은 or not you're playing for real

    ReplyDelete