Tuesday, 1 September 2015

4.1 punca penaklukan bukit malawati




Antara punca penaklukan Belanda terhadap Bukit Melawati ialah membalas dendam terhadap serangan yang dilakukan Sultan Ibrahim di Melaka.Pada Julai 1784, angkatan Belanda yang membawa 11 buah kapal pimpinan Jacob Peter Van Brqam yang memerangi Selangor kerana tindakan Sultan Ibrahim yang menyerang Belanda di Melaka bersama Raja Haji. Raja Mohamad Ali Ibnu Raja Alam serta anak saudaranya Sayid Ali dan Siak membantu Belanda menentang 

Selangor dan akhirnya Belanda berjaya menawan Selangor . Selain itu,antara faktor lain yang turut menarik Belanda untuk menawan Bukit Melawati,Selangor adalah kerana kedudukannya. Kedudukan Bukit Melawati cukup strategik, menghadap Laut Selat Melaka dan Sumatera,Indonesia.


Kedudukannya di tempat tinggi sangat sesuai sebagai kubu pertahanan musuh yang datang dari bawah dapat dikesan dengan mudah.

No comments:

Post a Comment