Di samping itu, menanamkan sifat rasional dan inovatif dalam setiap remaja di negara kita. Oleh itu, dengan penemuan yang
sebegitu dapat meningkatkan lagi daya pemikiran remaja untuk menjadi waris negara. Sebagai generasi muda, tidak seharusnya terikut arus pemodenan secara membuta tuli. Sebaliknya perlu menyedari dan memahami bagaimana kita sampai kepada kedudukan sekarang. Jika ini dapat difahami secara jelas oleh generasi muda maka akan terbina semangat patriotisme yang
membara di dalam sanubari mereka.
Dengan peninggalan sejarah, sikap mempertahankan negara akan lebih membuak dalam diri seseorang remaja setelah mengetahui pengorbanan
tokoh-tokoh yang
memperjuangkan Kota
Johor Lama. Pada pendapat
kami, kealpaan dalam memahami sejarah negara boleh mengundang “malapetaka” kerana generasi yang
membesar tanpa pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah tanah airnya akan kehilangan jati diri dan semangat patriotisme. Ini sekali gus boleh meletakkan pembinaan negara bangsa umpama ‘sarang labah-labah’
yang rapuh serta senang dimusnahkan oleh musuh. Setelah mengetahui sejarah Buki Malawai ini, ia dapat mentransformasikan negara dan meningkatkan patriotisme dalam diri.
No comments:
Post a Comment