Ketiadaan
ketua kaum di Kuala Selangor inilah membawa keinginan bagi orang Perak dan
Kedah untuk menjadi penghulu disitu.Malangnya tidak seorang pun dari mereka yang
datang diterima oleh penduduk tempatan.Keadaan ini sangat berbeza dengan
kedatangan Raja Lumu yang telah disambut baik dan diiktiraf menjadi Yang
DiPertuan Selangor pertama.
Mereka yang
datang kesitu hanya dibenarkan meneroka tanah baru dan membuat tempat kediaman
di sepanjang pinggir Sungai Selangor.Sehingga ini masih terdapat lagi beberapa
buah kampung mengikut nama negeri asal mereka atau tempat si peneroka datang,
umpamanya Kampung Kedah,Tanjung Siam,Kampung Asahan,Kampung Kuantan dan Kampung
Aceh.
Ada cerita
mengatakan nama Selangor ialah dari sebutan seekor langau,sejenis binatang
menyerupai lalat tetapi bewarna hijau dan lebih besar daripada lalat.
Cerita ini
selanjutnya menerangkan kononnya seorang pahlawan datang dari selatan dalam
perjalanannya ke utara. Pahlawan itu datang dari Melaka yang ketika itu telah
dikalahkan oleh Portugis. Beliau keletihan dan cuba berehat dibawah sebatang
pokok. Belum pun sempat melelapkan mata datang seekor langau terbang
mengelilingi kepalanya.
Kemudian
langau itu hinggap dihidungnya, pahlawan itu cuba menamparnya tetapi langau
tersebut lepas terbang. Begitulah keadaannya beberapa kali.
Dengan satu
tekad pahlawan tadi membuat keputusan sekiranya keadaan begitu berlaku lagi dia
akan menampar langau tersebut sekuat-kuat hatinya. Apabila langau tersebut
hinggap lagi ke hidungnya lagi pahlawan itupun menampar seberapa kuat yang
boleh, malangnya langau terus berlalu hanya tinggal kesan sakitnya di batang
hidung.
Dari keadaan
inilah setiap kali dia memegang hidungnya setiap itulah pula teringatkan kisah
seekor langau. Terbitlah difikirannya bahawa dia tidak pernah dikalahkan oleh
mana mana panglima atau pahlawan, tetapi ditewaskan oleh seekor langau sahaja.
“Mungkin ini alamat baik pada fikirannya”.
Keadaan ini
telah menimbulkan keinginannya untuk meneroka tempat tersebut dan membatalkan
sahaja rancangannya hendak mengembara lebih jauh lagi. Tempat itulah dinamakan
se(satu) langau, kemudiannya Selangor.
Pendapat
lain menyebut bahawa nama Selangor berasala dari banyaknya pokok mentangau,
sejenis kayu laut. Sebenarnya pokok mentangau ini masih boleh didapati sehingga
sekarang dipinggir pinggir sungai Selangor.
Lagipun
mengikut kebiasaannya orang orang zaman dahulu terlalu suka memberi nama
sesuatu tempat berpandukan kepada nama pokok atau kejadian disitu.
Ditempat
tempat lain juga terdapat beberapa buah tempat yang berasal dari nama pokok,
umpamanya Durian Sebatang, DurianTtunggal, Bagan Serai, Bukit Lada Pulau
Pinang, Nibong Tebal, dan lain lain.
Berita
dahulu telah diketahui oleh orang orang Kuala Selangor, oleh sebab itu mereka
berikhtiar agar rombongan tersebut tidak dapat mudik.
Tidak
jauh dari Kuala Sungai yang dimudiki oleh bahtera